Kalendar Aktiviti
<< April 2014 >> 
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3  4  5  6
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
Komuniti

link ke FB

Blog sekolah

 

LAPORAN AKTIVITI

UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 2011

(Laporan Akhir Tahun)

BIL

AKTIVITI

LAPORAN RINGKAS

PENILAIAN

CADANGAN PENAMBAIKAN

1

MESYUARAT AGUNG KELAB BUKU TEKS

Pada bulan Januari, pemilihan AJK telah dibuat. AJK ini sangat penting dalam memastikan kelicinan perjalanan BOSS SMKATJ kerana hanya 2 orang guru yang dilibatkan secara rasmi namun kerja buat BOSS memerlukan penglibatan lebih ramai ahli terutamanya ahli kelab

Mesyuarat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Kehadiran pelajar adalah amat baik. Lantikan jawatan tertinggi juga terisi dengan mereka yang diharapkan boleh memberikan komitmen terhadap BOSS

Diharapkan Pengawas BOSS dapat diadakan bagi membantu guru BOSS menyelia pelbagai kerja terutama kerja di awal, pertengahan dan di akhir tahun yang melibatkan pemulangan dan penyerahan buku, penerimaan buku baharu dan kerja-kerja pelupusan buku serta pengurusan stok.

2

Penentuan Keperluan Buku Teks 2012

Pada Januari lepas, Puan Wan Rowena telah menguruskan hal berkaitan pesanan buku teks 2012

Unjuran 2012 dibuat berdasarkan EMIS 2011

Current Stock Card yang memastikan bilangan stok buku atas rak yang tepat memudahkan kerja guru membuat pesanan Buku Cetakan Semula pada tahun hadapan

3

Pelupusan SPBT

Pada Januari lepas, kerja-kerja pelupusan yang melibatkan RD Papers telah dapat diselesaikan dengan baik.

Kerja pelupusan dilakukan mengikut tarikh yang diputuskan oleh JPN.

Pelupusan seharusnya melibatkan Pengawas BOSS dan Ahli Kelab

4

Ceria dan Bersih BOSS

Program ini dijalankan sepanjang tahun.

 

Guru dan ahli kelab sentiasa bekerja bersama dalam menceriakan bilik BOSS di hujung minggu mahupun selepas waktu persekolahan

Guru-guru dan para pelajar bertugas mengikut perancangan BOSS SMKATJ juga terpilih antara 3 BOSS terbaik negeri Terengganu 2011.

Beberapa perkara perlu diadakan bagi melayakkan BOSS SMKATTJ memasuki peringkat seterusnya iaitu pengurusan fail yang cemerlang. Antara perkara yang disentuh adalah Borang SPBT G. Guru SPBT seharusnya menyerahkan borang tersebut kepada Pengetua atau PK HEM untuk ditandatangani sebelum mengagiihkannya kepada guru-guru kelas. Hal-hal lain yang perlu diberi perhatian adalah dokumentasi kolaborasi penggunaan BOSS, program BOSS dan alat pemadam api.

5

Pengurusan BOSS

Mengurus Bilik Operasi Sekolah (BOSS)

 

Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama ahli jawatankuasa SPBT Sekolah.

Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh PPD/JAIN/JPN

 

Aktiviti pelupusan buku teks yang rosak dan buku tidak digunakan akan diteruskan pada tahun hadapan.

 

Aktiviti pelupusan berjalan

seperti yang dirancang

 

Pengawas BOSS diperlukan bagi melancarkan pengurusan BOSS

PENUTUP

Secara keseluruhannya pada tahun 2011, Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks telah berjaya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini. Diharapkan pada tahun hadapan, setiap ahli SPBT SMKATJ akan bergerak lebih aktif dalam setiap aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun 2012.

 

Disediakan oleh

ROHAYU BINTI DAUD

Last Updated (Monday, 16 January 2012 12:03)